Utama
GURU UTAMA
USTAZ HANAFI
Pelancaran Perayaan 25 Tahun PDF Print E-mail

Johor Bahru - Majlis Pelancaran Perayaan 25 Tahun Silat Cekak Ustaz Hanafi Johor telah selamat dilangsungkan pada 29 Januari 2012 bersamaan 5 Rabiul Awwal 1433H bertempat di Kolej Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YM Syeikh Hj. Md Radzi bin Hj. Hanafi Al-Qadahi, Pewaris Mutlak Silat Cekak dan dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu dari dalam dan luar Johor.

Gambar-gambar semasa program boleh dilayari di galeri.

 
Sukan di Johor Bahru PDF Print E-mail

Johor Bahru - Acara boling dan futsal telah menjadi penutup dan pembuka tirai bagi aktiviti bagi tahun 2011 dan 2012 untuk ahli-ahli di sekitar Johor Bahru. Bertempat di Ampang Bowl, Pelangi Leisure Mall, satu kejohanan boling telah diadakan pada 31 Disember 2011 dengan melibatkan ahli-ahli dan ahli keluarga masing-masing. Seramai 28 orang telah mengambil bahagian dan disokong oleh ahli keluarga lain yang turut memberikan sorakan yang menggamatkan suasana.

Permainan futsal pula telah diadakan pada 1 Januari 2012 dan turut mendapat sambutan ahli-ahli bersama keluarga masing-masing. Dua hari yang berturutan telah diisi dengan aktiviti sukan bagi keluarga besar Silat Cekak Ustaz Hanafi Johor  dan diharap dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli dan juga ahli keluarga masing-masing.

 
Salam Aidiladha 1432H PDF Print E-mail

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Johor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga para jemaaah haji mendapat haji yang mabrur dan semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar.

 
Istiadat Konvokesyen SCUH 2011 PDF Print E-mail

Tahniah kepada Tn Hj. Mohd Yusof Talib sekeluarga serta kepada semua penerima Pingat & Sijil sempena Konvokesyen SCUH 2011 di INFRA semalam. Pihak MPC Johor ingin meminta maaf sekiranya ada sebarang kesilapan atau kekurangan dalam sepanjang menguruskan program konvokesyen sebelum & selepas majlis.
Juga diucapkan ribuan terima kasih kepada para pengiring & pembantu yang sama-sama membantu dalam menguruskan pendaftaran kesemua peserta. Sehingga kita bertemu dan bersua lagi di Hari Tenaga Pengajar pada 27/11/2011 nanti..

sekian ...'1 Suara, 1 Hati'....

 
Memori Cabaran 1 Dalam 10,000 PDF Print E-mail

Hari ini genap setahun berlalunya peristiwa bersejarah dalam perjalanan Silat Cekak Ustaz Hanafi. Peristiwa yang telah dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records dalam kategori "The Largest Participant in Silat Performance" iaitu Cabaran 1 Dalam 10,000 yang telah berjaya dilaksanakan pada 10.10.2010 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Jom kita lihat sedikit pratonton...


Kini, Silat Cekak Ustaz Hanafi berada dalam kesinambungannya ke arah 2015 dalam program Jom Silat untuk mengumpulkan sebanyak 50,000 orang pesilat bagi memecahkan rekod dunia pada tahun 2015 nanti. Mampukah matlamat ini direalisasikan? Sudah pasti boleh, dengan syarat semua ahli dapat menyahut seruan Pewaris Mutlak Silat Cekak, YM Syeikh Haji Md Radzi bin Hj Hanafi Al-Qadahi supaya kita Satu Suara Satu Hati!

Jom kita laksanakan!

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>

Page 1 of 6

.::# Notis Pemberitahuan #::.

Kepada semua ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi, sila isikan maklumat anda di http://www.e-scuhonline.org
Kerjasama anda adalah diperlukan bagi mengemaskini data-data ahli persatuan secara dalam talian. Terima kasih.

Kalendar Aktiviti

Februari 2012
I Se R K J S A
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Kelas Agama
Kha Feb 09, 2012 @09:00PM - 11:00PM
Hari Keluarga SCUHJ
Sab Mac 10, 2012 @08:00AM - 05:00PM

Demonstrasi Silat Cekak Hanafi

Jalinan Hubungan

Siapa Di Web

We have 20 guests online